BBK3410 1#

Assalamualaikum

Aku tidak pasti bilakah tarikhnya,namun masih lagi segar dalam ingatan aku 
Waktu kali pertama aku masuk ke dalam kelas Penglahiran Bakat Kreatif,
BBK3410 .

Memandangkan aku tidak punya teman rapat,perjalanan aku hanya ditemani angin 
Masuk ke dalam kelas,terus aku mencari tempat duduk,di bahagian atas Dewan Za'aba

Kelihatan seorang pensyarah yang bagi aku begitu menarik penampilannya .
Entah mengapa,aku berasa senang hati melihat beliau,Dr Kamariah Kamaruddin .

Jujur aku luahkan,aku berasa sangat bertuah berada di dalam kelas beliau 
Aku berasa teruja melihat Dr Kamariah begitu bersemangat ingin memupuk kecintaan terhadap Bahasa Melayu serta seni dalam diri anak-anak didik beliau .
Dan yang paling seronok,aku akan dapat belajar bagaimana ingin menghasilkan karya kreatif sendiri .
Aku memang suka menulis cerpen,
Meluahkan rasa melalui penulisan,
Namun apabila aku menulis,kelihatan jalan cerita aku agak tunggang-langgang 

Jadi,melalui kelas ini inshaAllah aku akan mampu untuk merealisasikan impian aku ;
Menghasilkan karya penulisan sendiri .
Dan impian papa ; Menghasilkan sebuah buku nukilan aku sendiri .

Tidak dinafikan juga aku rasa berdebar dan agak takut .
Aku takut sekiranya aku tidak mampu menjadi seorang pelajar yang diharapkan oleh Dr Kamariah
Aku takut sekiranya aku tidak mampu buat yang terbaik .
Sungguh,aku kurang keyakinan terhadap diri aku sendiri

Tapi,walau apapun,aku perlu berusaha 
Aku perlu cuba lakukan yang terbaik 
Dan sentiasa bermohon kepada Sang Pencipta
Agar urusan aku akan sentiasa dipermudahkan 
Agar aku akan terus kuat untuk bertahan .

Aku harap
Aku akan mampu untuk fokus dalam kelas,
Dan mendapat input sebanyak yang mungkin,inshaAllah .
Daripada Dr Kamariah Kamaruddin . 

Lalu dengan segala ilmu yang beliau curahkan,
Aku akan mampu menulis dengan lebih baik,
Dengan izin Allah Yang Maha Kuasa semestinya 

Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Conceptual Metaphor