You

 Assalamualaikum

If you were to look at me just a little closer...

Akan kelihatan bahawa tiada langit hitam yang dihadiahi.
Hanya awan yang kadang-kala mendung,
Sejenaknya termenung,
Tapi sekali lagi diulang,
Mendung itu terjadinya kadang,
Dan perarakannya jauh.

Jauh.
Dari langit yang kita kongsi sama.

Senyum yang terukir,
Sentiasa bersama kamu tidak perlu dipaksa.
Kerana langit yang kita kongsi sama,
Ingat akan setiap detik gurauan yang menggelikan hati.
Setiap detik manis yang disuapkan.
Dalam banyak perkara yang terlupa,
Tiada satu antara detik manis itu termasuk sama.

Termasuk.
Segalanya dalam langit yang kita kongsi sama. 

Dalam setiap kegusaran dan kegilaan,
Akan ku kenang setiap senyum manis dan kebaikan,
Dan pada setiap kali itu hati ini meruntun dan remuk,
Kerana apa yang ku balas tidak pernah mampu menjadi setimpal,
Dengan setiap kasih yang diberikan tanpa jemu,
Walau jam tidak pernah berhenti berdetik.
Walau urat hijaumu kelihatan pada dahi penatmu.

Untuk setiap corak dilangit yang diberi,
Aku bersyukur kerana berkongsi langit yang sama dengan kamu.

Dan untuk setiap sayang yang tidak ku ungkap,
Hati ini sentiasa dan selamanya melaung sayang.
Sayang, hanya pada sayangku. 

You're my home, my love.





Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

Say Don't Go

"Slut!"