Hei

Assalamualaikum

Hei,
Aku sudah tidak mahu kisah,
Atau ambil pusing
Cuma,kadang-kadang tersenyum kecil apabila melihat perkembangan kau
Sudah besar kau sekarang ya
Orang Perlis cakap besar tagun

Hei,
Biarlah semua yang dah berlaku antara udara di celah-celah hembusan nafas kita,
Menjadi sebuah kisah silam .
Yang mana mungkin kau ingin buang ke laut,
Yang mana mungkin akan selalu aku kenang .

Eh bukan .
Bukan aku masih terperuk dalam kolam rasa yang sama
Aku baik-baik saja

Cuma
Apa yang dah terjadi merupakan satu pengalaman buat aku
Pengalaman yang tersangatlah lain
Satu pengalaman ;
Senak abdomen aku tahan debaran
Terketar mulut aku berkata
Serasa lemah seluruh badan
Hahahaha

Itu semua memang susah nak lupa
Itulah kali pertama,
Aku menjadi seperti yang sedemikian .

Tidak mengapa,
Sudah lama kita mengundur diri
Janganlah cari aku lepas ni :)


Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go