Nanti

Assalamualaikum

Satu hari nanti,
Kalau kau rindukan aku
Khabarkan saja pada angin yang sedang berderu itu
Apabila aku disapa olehnya,
Tahulah aku . itu nada rindu kau pada aku

Satu hari nanti,
Apabila kau turut pergi demi masa depan,
Khabarkanlah pada memori lalu ; memori kau dan aku,
Supaya tinggal,dan tidak berganjak . usah pergi
Mungkin aku tiada tahu . itu nada ingatan kau pada kita

Satu hari nanti,
Apabila kita sibuk dengan masa dan isu kehidupan,
Sampai tiada terlayan rasa ingin bertembung pandangan .
Maka moga sebelum kita berehat,kau teringatkan aku
Dan aku juga teringatkan kau .
InshaAllah

Satu hari aku bimbang
Kalau aku terlepas pegangan tali yang membawa aku pada sarang hati kau
Namun ada yang bisik,

Kalau ukhwah ini kerana Allah,
Pasti Dia akan jaga .

Satu hari nanti,
Apabila jasad aku kaku
Mungkin kau tak akan pernah tahu .
Macam mana sayangnya aku pada kau,wahai .

Kenanglah kembali apa yang kita pernah ada dan lalui
Sama ada kau akan menangis atau tersenyum,terpulang .

Hei .
Maaf,aku pergi terlalu cepat
Terlalu awal .


Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Conceptual Metaphor