Pft 11#

Assalamualaikum

Segala apa yang aku telah mainkan kembali
Setiap inci kamu yang aku telah ingat dan kenang
Semuanya beri rasa manis dan pahit dan aku tahu tak guna

Tak pernah berguna perlu dipersetankan

Tapi kenapa begini jadinya ?

Kau buat aku pening dan penuh tanda tanya
Tapi kepada siapa mahu aku dapatkan jawapan ?
Kau ?
Itulah pilihan paling buruk dan sangatlah tidak patut
Dia ?
Siapa dia?

Ini bukanlah satu perkara yang baik
Sebagai seorang gadis muslim aku perlu menjaga
Tapi kadang kala aku terkulai layu lemah dek godaan nafsu dan syaitan

Kau lebih gagah jadi jagalah
Jangan melangkah jauh dengan rasa itu
Tinggal-tinggalkanlah

Aku tak pernah sangka akan jadi begini
Dulu kau aku tak pernah ingin pandang
Kini semuanya sudah berubah
Kau buka mata luas dan kau akan perasan kelibat aku
Kelibat rasa hati aku

Buruk benar jika aku melayan
Buruk kerana ianya mengundang dosa

Aku mahu lepas
Lepaskan kau dan semua

Andai umur panjang dan tetap aku yang dicari
Tetap kau aku cari
Itu lain pula ceritanya

Sekarang masih muda
Darah muda amat perlu dipandu dengan agama
Kalau tak punahlah segalanya
Naudzubillahiminzalik


Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go