Hey

Assalamualaikum

Jika satu hari nanti aku pergi
Aku harap kau tak akan lupakan aku
Walaupun masa yang bergilir antara kita hanya singkat
Sesingkat masa buat satu kerdipan mata kau yang bulat kecil itu

Walaupun begitu,
Serasa seperti perihal waktu dan pusingan jarum jam tiada makna
Kerana rasa ukhwah yang berbunga itu menusuk jantung tanpa amaran
Tanpa perlu tunggu masa berjalan .

Aku hanya pendam
Kerana mungkin aku ini hanya yang sementara
Wallahualam
Sungguh Allah lebih tahu

Cuma aku harap
Kau tak akan lupa aku
Kau boleh pulang ke tanah air dengan selamat dan tenang,
Walau waktu itu sudah tiada aku untuk menjadi teman pulang
Kau akan menjadi pengunjung rumah Ilahi yang tetap .

Kau berjaya
Mencapai cita-cita kau
Dan menjadi hambaNya yang thorbaik

Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#