Aku 1#

Assalamualaikum

Banyaklah pula siri dalam laman ni
Tapi ah aku tak kisah

Perit aku rasakan
Apabila semua yang ada di depan mata aku sebelum ini,
Akan hilang begitu sahaja .
Yang ada cuma kenangan

Tidak gila aku katakan,
Jika kau bersendirian lalu tersenyum
Walau tiada yang menggeletek kaki atau pinggangmu
Kerana aku sering melalui senario yang sama

Kita cuma teringat perkara lalu
Yang manis,yang menggelikan hati

Teringat kerenah sendiri bersama-sama kalian
Teringat kerenah kalian bersama-sama aku
Teringat perkara yang telah lepas,
Meninggalkan gula bertaburan di serata tempat,
Dalam hati .

Aku masih ingat,rindu lagi .
Saat kita keletihan namun aku ada kalian,
Kalian ada aku .
Saat kita bingung dan tidak tahu bagaimana ingin selesaikan benang yang berbelit itu,
Saat kita sama-sama menyuap nasi dan lauk yang terhidang di hadapan
Saat kita berjemaah,
Saat aku mendahului kalian,namun kalian bertakbir kuat di sebelahku
Namun aku sendiri keliru,berjemaah atau tak haha kerana kalian tidak mencuitku
Yelah mana aku tau bertakbir kuat pun boleh jadi sign kita nak jadi makmum

Perkara sama tidak akan berulang
Jika kita ulangi,suasananya tetap berbeza
Namun,mungkin rasa yang sama akan mampu hadir

Dan aku rindu untuk merasai semua itu
Allahurabbi :')




Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Conceptual Metaphor