BBK3410 2#

Assalamualaikum

"Mia,air sudah tiada,tahu ?,"

Bermulalah perjalanan aku di UPM,tanpa air
Alhamdulillah,mujur di surau masih lagi ada air pada malam itu
Dengan badan yang agak melekit terus aku menuju ke surau dan menikmati mandianku .
Itulah,sewaktu ada air langsung aku tak terfikir nikmat mandi

Hari baru membuka lembarannya
Sesak nafas aku apabila mendapati surau juga telah kehabisan air
Allah,ujian yang seterusnya .
Alhamdulillah,mujur dalam kemamaian dan kepanikan yang sungguh bercampur dalam jasad seorang Kamilia Qistina,Allah membuka mata aku untuk melihat ramai orang menuju ke tandas dewan .
Mandilah kami di tandas Dewan Putra 2 .

Episod hidup tanpa air di UPM ini telah membawa aku ke satu tempat .
Yang selama 18 tahun aku diizinkanNya untuk hidup,hanya sekali sahaja aku pernah sampai ke tempat itu ; Masjid Putra di Putrajaya,itu pun sewaktu aku masih kecil .

Subhanallah aku katakan,masjid untuk sungguh cantik !
Binaannya kelihatan gah dan begitu menarik,sesuai dengan dunia yang semakin moden kini

Aku diajak oleh murabbi aku ke sana

Mula-mula sampai,aku melihat terdapat beberapa orang pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk utama ke dalam masjid
Sungguh aku kagum dengan mereka
Pakaian mereka tersangatlah kemas,figura mereka yang tegap dan kelihatan sasa,
Tekun dan amanah menjalankan tugas mereka,untuk menjaga rumah Allah !
Subhanallah

Kemudian aku dan murabbi aku bersama-sama dua orang lagi sahabatnya bergerak ke tingkat atas untuk mengambil wudhuk
Tiadalah aku tahu bahawa Masjid Putra mempunyai lif ! Mashaallah
Lagi berdentam-dentum jantung aku,betapa terujanya aku untuk berada di rumah Allah itu

Di tingkat 1 terdapat ruangan khas untuk para jemaah wanita
Di situlah tempat kami tidur
Ya lupa untuk aku maklumkan kami berempat bermalam di sana
Walau tiada bantak dan tilam yang empuk,Alhamdulillah aku berasa selesa dan dapat tidur dengan nyenyak

Tandas-tandas dan setiap bilik air yang ada pula subhanallah begitu bersih dan mempunyai bau yang menyenangkan rongga hidung kami
Alhamdulillah,aku dapat merasakan nikmat mandi di sana

Aku juga baru tahu bahawa di hadapan Masjid Putra terdapat satu kawasan yang sering dijadikan lapangan untuk permainan "roller blade"
Sememangnya kawasan sekitar masjid untuk sering dikunjungi,termasuklah masjid itu sendiri

Mata ku katup perlahan-lahan
Enak dibuai mimpi
Terasa begitu sebentar aku tidur,tubuh aku telah digoncang sedikit,

"Mia,bangun,"

Azan Subuh berkumandang
Seusai solat,pulanglah aku ke UPM

Sungguh aku begitu seronok mengunjungi Masjid Putra
Alhamdulillah



Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go