BBK3410 3#

Assalamualaikum

Aku percaya pada hari ini,
Isu viral semakin menjadi-jadi

Yang paling menyedihkan hati kecil ini,
Terdapat ramai juga individu yang suka menyebarkan maklumat,
Tanpa ilmu dan kepastian ,sama ada maklumat itu benar atau tidak .

Aku akui aku pernah lakukan perkara yang sama .
Dan alhamdulillah,Allah telah membuka mataku

Dan aku harap aku akan lebih berhati-hati

Jika mendapat sesuatu maklumat,usahalah untuk mencari kebenaran perihal maklumat itu terlebih dahulu
Jika ianya benar,maka sebarlah jika kau mahu
Namun jika ianya benar namun membawa padah jika kau sebarkan, seperti memalukan sesetengah pihak dan sebagainya,maka adalah lebih baik jika maklumat itu berhenti pada diri kau sahaja .
Usah sebar perkara yang mampu mengaibkan sesiapa sahaja, termasuklah diri sendiri .
Jika ianya palsu, adalah lebih baik juga jika maklumat itu berhenti setakat diri kau sahaja .
Usah sebar perkara yang tidak benar .

Kau di sini bermaksud aku, itu yang paling utama .
Semuanya untuk diri aku sendiri, dan kita semua


Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Conceptual Metaphor