BBK3410 4#

Assalamualaikum

Sepanjang aku hidup, seingat aku,
Hanya sekali sahaja aku pernah melancong ke luar negara .

Bukanlah melancong sangat,
Aku cuma mengikuti rombongan lawatan para guru dari SMK Bukit Sawa,
Sekolah di mana ibuku mengajar 

Luar negara,atau lebih tepat, negara jiran 
Tanjung Balai, Indonesia .

Untuk ke sana kami tidak perlu merentasi langit 
Kami hanya perlu merentasi lautan 
Tidak silap aku, kami ke sana dengan menaiki feri . 
Aku masih lagi kecil waktu itu,mungkin dalam 10 tahun 

Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Indonesia,jujur aku katakan aku sungguh teruja
Teruja, kerana aku berada dalam komuniti yang jelas kelihatan berbeza daripada apa yang biasa aku lihat di Malaysia .
Suasananya juga berbeza, lebih ketara cuacanya .
Mendung, seakan-akan tiada Matahari . 

Tanjung Balai merupakan satu tempat pelancongan yang bagi aku, nyaman . 

Aku tidak ingat tempat pertama yang kami kunjungi sebaik sahaja kami tiba .
Tapi aku masih ingat, kami pergi ke kawasan kampung Tanjung Balai dan melihat senario kehidupan yang berlaku di sana .
Setiap tempat boleh dikatakan ada pondok kecil yang menjadi tempat penjualan minyak dan petrol untuk kenderaan . Tiada stesen minyak, tiada pekerja untuk mengisi minyak ke kenderaan pelanggan .
Tiada .

Kawasan kampung itu juga kelihatan dijaga dengan baik dan persekitarannya bersih .
Sungguh aku kagum dengan akhlak mereka yang mementingkan kebersihan . 
Kelihatan ramai anak-anak kecil yang berlari-lari di sekitar kawasan rumah mereka 
Ada juga yang tersenyum melihat kami dan ada yang melambai, mungkin ?

Lupa untuk aku terangkan kenderaan yang kami naiki 
Aku jamin, kenderaan seperti itu tiada di Malaysia pada waktu itu !

Ianya bukanlah sebuah bas mahupun kereta 
Bentuk dan saiznya mungkin menyerupai sebuah van, namun tiada tempat duduk berkusyen selesa 
Yang ada hanya tempat duduk memanjang yang diperbuat daripada kayu di sisi kanan dan kiri, juga di tengah .
Tiada penghawa dingin, yang ada hanya angin yang kadang-kadang menyapa tubuh kami dengan kuat, dan kadang-kadang dengan lembut . Bergantung kepada pemandu kenderaan tersebutlah .

Kemudian kami tiba di satu tempat .
Ianya merupakan salah sebuah restoran yang agak terkenal di kawasan Tanjung Balai .
Binaannya kelihatan menarik, dan begitu mesra alam .
Pepohon hijau tidak lepas dari pandangan mata kami .
Dan yang lebih unik lagi, tiada kerusi atau meja makan tinggi,
Yang ada hanya sebuah meja panjang yang di bawahnya terdapat tikar 
Sudah tentu makannya dengan bersila atau bersimpuh ! Tidak pernah lagi aku kunjungi restoran sebegitu rupa . 

Bagi aku konsep seperti itu adalah unik dan menjadi identiti restoran itu sendiri 

Seingat aku, makanan yang disajikan sungguh enak !
Cuma, aku tidak ingat secara spesifik apakah makanan itu .

Kami juga disajikan dengan keropok yang diberi nama 'Keropok Sapi',
Seingat akulah .
Keropok itu bersaiz agak besar dan berwarna kuning pudar,
Dan rasanya mungkin seperti papadom, namun mempunyai lebih rasa berbanding papadom 

Hari yang seterusnya kami juga mengunjungi sebuah pusat beli-belah 
Barangan yang terdapat di sana, mungkin sama sahaja seperti yang ada di Malaysia 
Dan aku masih lagi ingat, terdapat poster Baim Wong yang begitu besar pada dinding bangunan itu .
Memandangkan aku amat meminati jejaka Indonesia yang tampan itu, aku sangat gembira apabila melihat poster itu, rasa seperti aku sedang bersua muka dengannya .

Kami juga turut mengunjungi sebuah pasar besar 
Kalau di Malaysia, mungkin pasar itu lebih kurang sama dengan Pasar Payang yang terletak di Terengganu .

Apa yang aku ingat, ibuku telah membeli sepasang baju tidur bercorak batik buatku,
Dan aku sungguh gemar untuk memakai baju tidur itu !
Terdapat juga seluar tiga suku yang terdapat animasi Naruto padanya, 
Dan ibuku membelikan kami tiga beradik seluar itu .

Aku juga ada membeli satu plastik buah salak Indonesia yang rasanya memang sedap 

Konklusinya, secara keseluruhan lawatan ke Tanjung Balai, Indonesia itu adalah satu kenangan dan pengalaman yang inshaAllah aku akan ingat sampai bila-bila !
Ya, tambahan pula itulah kali pertama aku ke luar negara .

Sampai di sini sahaja Travelog ke Indonesia ku 
Terima kasih kerana sudi untuk baca !


Salah satu kenangan yang ada :')


Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Conceptual Metaphor