BBK3410 5#

Assalamualaikum

Terlampau banyak perkara tentang Terengganu yang aku gemari
Terutamanya, orang-orangnya .

Tapi pada malam ini, jam 10.29 malam .
Aku ingin berbicara secara tulisan, soal makanan di Terengganu .

Apakah makanan yang biasa terlintas dalam fikiran kalian apabila nama Terengganu muncul ?
Keropok Lekor ialah satu kemestian, bukan ?
Nasi Dagang .
Apa lagi ya ? Maaf aku agak kurang arif .

Namun, apa yang aku sangat gemari dan amat sukar ditemui di mana-mana, ialah ..
Cendol di Pasar Payang !

Setiap kali aku pulang ke Terengganu,
Cendol itulah perkara yang sentiasa bermain-main dalam fikiran aku
Boleh seksa jiwa raga aku jika tidak sempat merasa cendol Pasar Payang !

Sesetengah cendol kadang-kala terlebih air gula nisannya
Kadang-kala kurang santan
Kurang cendol

Namun jujur aku akui cendol di Pasar Payang sangat sempurna !
Cukup rasa dan mampu menceriakan hari aku !

Secara spesifiknya, cendol Pasar Payang yang aku gemari dijual oleh seorang pak cik yang kelihatan pendiam,sentiasa memakai kemeja (jika aku tak silap),dan matanya kelihatan sedikit unik .
Dia juga ditemani oleh isterinya yang sentiasa tersenyum mesra
Selain cendol, mereka juga ada menjual buah-buahan .
Kelibat merekalah yang sentiasa aku cari sebaik sahaja aku tiba di Pasar Payang .

Jadi, jika kalian ke Terengganu, carilah mereka berdua untuk merasai nikmat cendol yang sebenar !



Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

Say Don't Go

"Slut!"