BBK3410 7#

Assalamualaikum

Aku sangat rindukan Terengganu
Aku rindukan suasana berada di kampungku
Rindukan suasana mendengar loghat Terengganu di sekelilingku

Semakin hari semakin banyak tarikan yang terdapat di negeri kelahiranku ini
Semakin banyak alhamdulillah, ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan
Aku sungguh gembira akan pembangunan yang semakin maju di Terengganu

Dan kini,salah satu tarikan yang terbaru yang terdapat di Terengganu ialah ..
Dapo Pata !
Dapo Pata itu bermaksud 'Dapur Pantai' yang disebut menggunakan loghat Terengganu

Apakah itu Dapo Pata ?
Ianya lebih dikenali sebagai Uptown Kontena yang terletak di Gong Badak,Terengganu
Pada awal pembukaan Dapo Pata ini, tidak dinafikan bahawa kawasan ini banjir dengan manusia dari pelbagai ceruk negeri pantai timur ini !

Apa sebenarnya yang ada di Dapo Pata ?
Jika dilihat dari namanya pun sudah jelas bahawa di tempat ini terdapat pelbagai jualan makanan
Ianya berkonsepkan restoran kontena yang telah dihias
Dan bagi aku, yang lebih menarik lagi Dapo Pata ini terletak di tepi pantai
Jadi, bagi sesiapa yang sukakan suasana yang tenang lagi mendamaikan untuk menikmati pelbagai juadah, silalah berkunjung ke Dapo Pata !

Juadah apa yang ada ?
Bagi aku pilihan makanan yang terdapat di sana agak banyak dan memuaskan hati
Antara pilihan yang ada ialah waffle, sizzling, takoyaki, malahan nasi lemak turut dijual tidak kira masa.
Makanan yang menjadi kegemaran ramai anak muda kini seperti Churros juga terdapat di sana !
Pokoknya, sememangnya terdapat pelbagai pilihan makanan dan minuman di sana.
Tidak silap aku, itu baru fasa pertama pembukaannya
Nantikanlah fasa-fasa yang bakal menyusul, aku yakin Dapo Pata akan menjadi makin hidup dengan pelbagai jenis jualan serta pengunjung luar dan dalam negeri , inshaallah !

Jadi, bagi yang berpeluang untuk melancong ke Terengganu, jangan lupa untuk berkunjung ke Dapo Pata !



Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go