Sang Sahabat

Assalamualaikum

Duhai sang sahabat,
Melihat ke belakang,
Antara kita tali ikatannya tidak kukuh,
Kau menghilang apa aku peduli,
Aku menghilang apa kau kisah,

Duhai sang sahabat,
Melihat apa yang di tengah,
Antara kita semakin kukuh tali ikatannya,
Alhamdulillah atas semua yang berlaku,
Kau tersenyum untuk aku,
Aku tersenyum untuk kita,

Duhai sang sahabat,
Sungguh sesak aku rasa tika kau dirundung awan suram,
Seakan seisi langitku turut gelap,
Ingin sekali aku berbuat sesuatu,
Tapi kementahan kita membatasi segalanya,

Duhai sang sahabat,
Aku tidak punya wang yang banyak untuk diberi,
Cuma yang termampu sahaja aku kasi,

Duhai sang sahabat,
Aku tidak punya jalan keluar yang sirna untuk dinyata,
Cuma yang terfikir sahaja aku kata

Duhai sang sahabat,
Aku tahu begitu mudah untuk aku ungkap motivasi
Yang perit dan pahit semua kau perlu tanggung
Tapi apakan daya aku - aku mungkin tak akan jadi sebahagian daripada semua itu,

Kau harus pacu ke hadapan
Walau langkah kau perlahan itu semua tidak mengapa
Asal akhir nanti kau dapat seperti yang lain,
Malah inshaallah lebih .

Kau besi dan aku yakin itu
Kau boleh dan aku,
Ada saja di sini .
Panggillah aku kapan kau mahu
Usah terkapai sendirian

Paling utama,
Pentadbir seluruh alam semesta ada bersama-sama kita,
Kau aku kita perlu yakin dan minta saja .
Apa kita mahu,
Minta saja . Yakin itu,duhai sahabat :)






Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Conceptual Metaphor