1#

Assalamualaikum

Deru angin membawaku laju,
Menyelam ke masa lalu,
Terpancar imej kau dan aku,
Sesak dadaku menanggung rindu,

Sepasang mata bundar itu,
Sirnanya sentiasa mengukir senyum pada wajahku,
Gundah ku rasa bagai tiada pengujung,
Tika kau muncul segalanya bagai dibawa pergi,
Begitu sahaja,

Kelam hidupku,
Kau hadir membawa pancaran cahaya,

Kabut hidupku,
Kau hadir memaknai apa itu ketenangan,

Aisyah,
Kini kau hilang tanpa tanda,
Jejak untuk ku kesan sungguh tiada,

Aisyah,
Kini aku sepi tiada berteman,
Sahabat sejati dulunya tanpa lepas dari genggaman,
Telah pun menjadi bagai debu berterbangan

Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go