2#

Assalamualaikum

Tika semua jasad perlu jalan,
Kau juga perlu yang sama dan tidak mahu ketinggalan,
Saat semua jasad bersesakkan,
Kau turut tersepit bersama esakan,

Yang lain melihat kau kesusahan,
Diberinya ruang cukup untuk kau lepas,
Berlagu lega hati kau keriangan,
Pacu lancar langkah kau bebas,

Tiba masa yang lain pula,
Mereka berada dalam kasutmu yang dahulu kala,
Kau lihat mereka juga alami kesempitan yang sama,
Diharapnya mereka agar kau datang untuk beri ruang,
Namun semuanya terbalik dan tiada balasan yang baik-baik,
Kau sebaliknya lari membawa hutang budi,
Kau lari

Jika ada seribu satu orang seperti kamu dalam dunia ini,
Maka tiadalah lagi makna aman dan toleransi

Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go