BBK3410 10#

Assalamualaikum

Tiba-tiba isu ini terlintas dalam fikiran aku .
Sesak nafas aku seketika memikirkannya .

Bagaimana kalau semua orang di dunia ini bergerak,
Hanya untuk kepentingan sendiri sahaja ?
Hanya untuk kepentingan puak sendiri sahaja ?

Hanya kerana wang ringgit,
Hanya kerana inginkan keuntungan ?

Bagaimana kalau orang yang bekerja di sektor perkhidmatan awam contohnya,
Hanya akan memberi khidmat terbaik buat orang yang punya nama sahaja ?
Orang yang kelihatan tidak punya apa-apa dilayannya bagai sampah,
Bagai tiada walau sedikit nilai pada dirinya .

Bagaimana kalau mekanik hanya akan membaiki dan memeriksa kenderaan betul-betul,
Jika kenderaan itu milik orang yang punya nama, punya pangkat ?
Orang yang menghantar kereta Kancil atau Kelisa buruk diberinya khidmat sambil lewa,
Apa yang patut dibaiki dikatanya baik-baik sahaja,
Apa yang patut ditampal dikatanya elok sahaja .

Bagaimana kalau para pendidik hanya akan mengajar sungguh-sungguh,
Jika pelajar itu anak orang yang punya nama, punya harta dan kaya-raya ?
Anak petani dan buruh diajarnya acuh tak acuh,
Kerana baginya anak-anak itu tidak akan mampu mengambil sebarang input,
Tidak akan mampu memberi sebarang keuntungan kepadanya .

Naudzubillahiminzalik .

Sungguh dahsyat jika begitu .

Sungguh dahsyat .

Semoga kita semua terlindung daripada perkara sebegitu
Dan semoga kita sentiasa ingin beri yang terbaik .
Ikhlas, kerana Allah Yang Maha Tahu .


Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go