BBK3410 9#

Assalamualaikum

Jika dulu aku berbicara secara tulisan mengenai Cendol Pasar Payang Terengganu,
Sekarang aku ingin memperkenalkan kepada kalian makanan yang juga sangat terkenal di negeri Pantai Timur ini iaitu,
ICT .

Apakah itu ICT ?

Ikan Celup Tepung !

Tidak dinafikan bahawa makanan laut yang bersalut tepung amat terkenal dan digemari oleh para pelacong, malah penduduk Terengganu sendiri.

Bagi aku sendiri, memandangkan keluarga aku jarang berkunjung ke kawasan pantai Terengganu, apabila mendapat peluang memang aku akan nikmati sungguh-sungguh ikan celup tepung, sotong celup tepung, dan lain-lain !

Terdapat banyak gerai yang menjual ikan celup tepung atau makanan laut bersalut tepung di Terengganu.

Antara gerai atau kedai yang popular terletak di sekitar kawasan Pantai Teluk Ketapang atau Mengabang Telipot.

Salah satunya ialah Warung Poknong.

Jujur aku katakan warung itu tidak putus pelanggan !
Apatah lagi ketika hujung minggu atau musim cuti persekolahan.

Warung itu lebih terkenal dengan sotong guntingnya.
Sotong gunting itu merupakan sotong celup tepung yang besar yang mana perlu digunting menjadi potongan yang lebih kecil untuk memudahkan kita makan.

Masih aku ingat ketika aku kecil, tidak cukup sepinggan untuk aku seorang !
Ditambah pula dengan segelas air kelapa segar, subhanallah, masyaallah sungguh enak !

Jadi, jika kalian berkunjung ke Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan laut bersalut tepung bersama-sama air kelapa segar !






Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go