BBK3410 12#

Assalamualaikum

Sepanjang aku hidup, tidak pernah pula aku ingat bila kali pertama aku ke Kedah.
Jadi, aku akan anggap, minggu lepas merupakan saksi bahawa aku telah berjaya menjejakkan kaki aku di bumi Kedah, buat kali pertama !

Jadi, entri kali ini akan berkisar tentang pengalaman aku berkunjung ke Kedah :)

Tiada perkara yang luar biasa,
Hanya aku, dan keluarga aku, dan negeri Jelapang Padi .

Sungguh aku berasa seronok sepanjang perjalanan ke Kedah .
Pelbagai pengalaman dan kisah aku di UPM aku ceritakan kepada keluargaku.
Sedar tidak sedar, kami telah masuk ke kawasan negeri tersebut .

Aku begitu terpesona melihat betapa luas dan hijau kawasan sawah padi yang kami lalui .
Di kiri dan kananku, kedua-duanya mempamerkan pemandangan sama yang begitu indah .
Subhanallah !
Tenang fikiranku melihat pemandangan sawah padi itu, yang kali pertama menjengah ke pandangan mataku .

Setibanya kami di Jitra, Kedah, kedatangan kami disambut mesra oleh keluarga ibu saudaraku, Mak Ngah Ani .Itulah kali pertama aku mengunjungi rumahnya .

Kedatangan kami ke sana sebenarnya kerana sepupuku, merangkap anak Mak Ngah Ani ingin bertunang, iaitu Tokki, atau nama sebenarnya Zaki.

Aku sekeluarga tidur di sebuah motel yang terletak berhampiran dengan rumah Mak Ngah Ani, memandangkan rumah beliau telah dipenuhi sanak-saudaraku yang lain.

Keesokkan harinya, bergeraklah kami ke rumah pihak perempuan, merangkap bakal tunang Tokki.
Tidak aku ingat lokasinya di mana, kepalaku hanya dipenuhi jelapang padi, bercampur keletihan.

Setiba kami di rumah pihak perempuan, sekali lagi aku terpesona dek melihat bangunan di sekitar itu. Apatah lagi pemilik rumah yang ada di situ merupakan seorang Dato’. Subhanallah, sungguh binaan rumah itu begitu cantik dan kelihatan menarik sekali! Serasa ingin teroka seluruh rumah itu, tapi tidak manislah, bukan ?

Paling menarik bagiku, rumah itu menyediakan kelengkapan yang begitu lengkap bagi para tetamu yang hadir. Ada surau, tandas dan kawasan khas bagi para tetamu untuk menyelesakan diri di rumah itu. Inshaallah banyak ganjaran bagi keluarga itu kerana menyambut tetamu dengan baik sekali.

Alhamdulillah, majlis pertunangan Tokki berjalan dengan lancar sekali. Ah, Tokki kelihatan begitu kacak pada hari itu, begitu beruntung gadis itu dapat memiliki sepupuku yang bagiku sungguh bagus itu. Sudahlah seorang jurutera, Tokki merupakan seorang anak yang begitu baik, bertanggungjawab dan penuh kesantunan.

Setelah selesai semuanya, aku sekeluarga pun mula bergerak meninggalkan Kedah, menuju ke Perak pula. 
Walaupun biasa-biasa sahaja, aku gembira dengan kunjungan kami ke Kedah pada hari itu, kerana dapat berjumpa dengan keluarga Mak Ngah Ani yang sungguh aku katakan jarang sekali untuk kami bertemu, kali terakhir mungkin sewaktu aku masih kecil. 

Aku juga gembira kerana Kedah sememangnya merupakan sebuah negeri yang bagiku nyaman, dan mempunyai pemandangan menghijau yang subhanallah begitu indah !

Jadi, setakat ini sahaja travelog kecilku.
Terima kasih sudi baca !


Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Conceptual Metaphor