BBK3410 13#

Assalamualaikum.

Sememangnya kini, bidang sastera kurang mendapat tempat dalam khalayak.
Tidak kurang juga yang memandang enteng bidang ini, hanya kerana mengagumkan bidang sains dan teknologi .

Tidaklah aku kata bidang sains dan teknologi itu tidak gah,
Sungguh jujur aku akui bidang itu merupakan bidang yang mencabar dan hebat.
Namun begitu, sastera juga tidak kurang nilainya.

Tidakkah kita ingat,
Dengan sasteralah jiwa rakyat Tanah Melayu pada satu masa dahulu pernah bangkit.
Bangkit menentang penjajah,
Bangkit menentang kemunduran,
Bangkit dan bersatu padu walau berlainan kaum.

Ada juga yang menganggap bidang sastera ini hanya sebagai hobi pada masa lapang, tidak bernilai ekonomi dan tidak jejak bumi yang nyata.

Seperti yang lain, aku yakin bidang sastera juga mampu membawa sesuatu dalam hidup ini.
Sastera bukan hanya tulisan semata-mata, bagi aku, melalui sastera rasa aku yang sukar difahami orang bisa ditumpahkan, bisa diluahkan.
Melalui sastera aku bisa bermimpi dan berfantasi, tanpa halangan semestinya.

Melalui sastera aku juga boleh menjana pendapatan, bak kata pensyarahku.

Tanggapan orang terhadap sastera kini telah berubah berbanding dahulu kala.
Namun begitu, tidaklah jari dituding ke arah khalayak semata dek perubahan yang berlaku ini.
Seperti yang aku pernah baca, tanggapan masyarakat terhadap sastera ini tidak lain tidak bukan merupakan cerminan penggiat sastera itu sendiri.

Ini hanyalah coretan insan yang tidak punya apa-apa, jauh sekali ilmu mendalam perihal sastera.
Aku cuma menyatakan pendapat, itu sahaja :)


rujukan : http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=8279




Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#