Hey

Assalamualaikum

Tergelak aku semalam.
Terkenang aku zaman lalu, melihat foto-foto itu.

Sekali lagi, kau sudah besar dan,
Jelas sekali wajah kau aku dapat lihat.

Entah kau siapa sekarang aku tidak tahu.
Kau yang dulu pun, aku kurang fasih.
Buat-buat faham, mungkin ?
Ah .
Serasa aku mula belajar siapa kau dan sifat yang menjadikan kau,kau.

Kemudian seingat aku,
Aku sudah penat.
Kadang kau jelas kadang kau kabur.
Ah persetankan saja siapa kau.
Aku pun semakin kabur dalam pandangan kau.

Lama-lama kita menghilang.

Sekali dua kita muncul balik,
Sekali dua aku kunjung ingin tanya khabar,
Tapi kebanyakan kata dan ekspresi tidak terluah mahu pun terlihat.

Lama-lama kita terdiam sendiri.
Dan aku,
Mula belajar untuk menjauh, dan kental berdiri sendiri.

Mustahil aku kata untuk kau aku lupa,
Kerana aku seorang penyimpan,
Dan segala jejak yang kau tinggal sentiasa tersimpan kemas,
Aku biarkan saja .


Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go