Sounds From The Past

Assalamualaikum

Aku rindu bau lantai mozek surau.

Daripada tiada palang gantung kepada ada,
Daripada sempit menjadi luas,
Daripada kosong menjadi lemas,
Kering kepada basah,
Lancar kepada bahu berlanggar,
Semuanyalah.

Surau kami tiada aircond.
Hanya kipas besar keliling kawasan.
Orangnya biasa ramai. Tapi nyaman.

Tiada penceramah luar setiap malam,
Cuma kadang figura Ustaz Joha yang dirindui setiap pertengahan maghrib dan isyak.

"Ustaz Jo ke?"
"Aah,"
"Jom gi depan!"

Kadang ketua badar.
Kadang Ustaz Megat.
Kadang warden bertugas.

Anehnya surau kami juga tiada tabir pemisah lelaki perempuan.
Namun jelas penghalang halimunan di tengah, usah risau usah terpempan.

Aku rindu kesejukan lantai mozek surau.

Peluh riadah sudah lama hilang,
Cuma kesan teriknya mentari pada siang masih terasa,
Dapat lekap tangan pada mozek berwarna pucat itu,
Ah boleh terlelap aku.

Aku rindu pengisian setiap malam.
Aku rindu makanan rohani, tak kira mengantuk macam mana pun sebaris dua tetap kedengaran.
Aku rindu suasana orang mengaji,
Lihat sahabat menghafaz,
Solat berjemaah,
Suara bilal laung azan serta gemanya.

Semuanyalah.
Semua tentang sahut aku rindu.

Betapa bermaknanya sekolah di hulu negeri itu,
Tempat aku membesar. Tempat aku membentuk diri.

Sekarang apa khabar aku pun kurang tahu.
Seakan hilang jejak identiti sahut yang aku pernah tanam dalam kepala dulu.
Semakin lama semakin kurang orang yang aku kenal dan kasih.

Iyalah.
Bumi berputar.
Waktu berjalan, tidak akan berhenti kerana seorang yang merindu.

Aku pun berubah apa,
Yang lain juga sama.

Apapun aku kena terima.
Suka atau tidak, inilah kenyataan.

Ah, mengenangi benda lalu memang seronok.

Sounds from the past are great to be heard,
But sometimes painful to be learnt,
Knowing those are now gone,
What's left now should move forward.







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go