Posts

BBK3410 10#

Image
Assalamualaikum Tiba-tiba isu ini terlintas dalam fikiran aku . Sesak nafas aku seketika memikirkannya . Bagaimana kalau semua orang di dunia ini bergerak, Hanya untuk kepentingan sendiri sahaja ? Hanya untuk kepentingan puak sendiri sahaja ? Hanya kerana wang ringgit, Hanya kerana inginkan keuntungan ? Bagaimana kalau orang yang bekerja di sektor perkhidmatan awam contohnya, Hanya akan memberi khidmat terbaik buat orang yang punya nama sahaja ? Orang yang kelihatan tidak punya apa-apa dilayannya bagai sampah, Bagai tiada walau sedikit nilai pada dirinya . Bagaimana kalau mekanik hanya akan membaiki dan memeriksa kenderaan betul-betul, Jika kenderaan itu milik orang yang punya nama, punya pangkat ? Orang yang menghantar kereta Kancil atau Kelisa buruk diberinya khidmat sambil lewa, Apa yang patut dibaiki dikatanya baik-baik sahaja, Apa yang patut ditampal dikatanya elok sahaja . Bagaimana kalau para pendidik hanya akan mengajar sungguh-sungguh, Jika pelajar itu ...

BBK3410 9#

Image
Assalamualaikum Jika dulu aku berbicara secara tulisan mengenai Cendol Pasar Payang Terengganu, Sekarang aku ingin memperkenalkan kepada kalian makanan yang juga sangat terkenal di negeri Pantai Timur ini iaitu, ICT . Apakah itu ICT ? Ikan Celup Tepung ! Tidak dinafikan bahawa makanan laut yang bersalut tepung amat terkenal dan digemari oleh para pelacong, malah penduduk Terengganu sendiri. Bagi aku sendiri, memandangkan keluarga aku jarang berkunjung ke kawasan pantai Terengganu, apabila mendapat peluang memang aku akan nikmati sungguh-sungguh ikan celup tepung, sotong celup tepung, dan lain-lain ! Terdapat banyak gerai yang menjual ikan celup tepung atau makanan laut bersalut tepung di Terengganu. Antara gerai atau kedai yang popular terletak di sekitar kawasan Pantai Teluk Ketapang atau Mengabang Telipot. Salah satunya ialah Warung Poknong. Jujur aku katakan warung itu tidak putus pelanggan ! Apatah lagi ketika hujung minggu atau musim cuti persekolahan. Warun...