BBK3410 8#

Assalamualaikum

Ini merupakan sebahagian maklumat mengenai perkembangan dunia kesusasteraan Melayu yang telah aku dapati.

Pada tahun 1970-an, iaitu zaman yang mana telah menyaksikan berlakunya perang dunia kedua boleh dikatakan tidak menggalakkan penulisan novel. Entah mengapa, aku sendiri tidak pasti. Namun, mungkin pada masa itu sumber asas hidup pun sukar untuk didapati dan terlalu banyak kekurangan dan kerosakan yang telah berlaku menyebabkan wujudnya keadaan yang amatlah tidak sesuai untuk bidang penulisan berkembang.

Kendatipun, pada tahun 1950-an sememangnya terdapat beberapa orang novelis yang telah berjaya menghasilkan karya, antaranya ialah Harun Aminurrashid (Darah Kedayan,1947), Keris Mas (Zain Zawiyah,1948), Ahmad Bakhtiar (Hancur Hati,1949) dan Wijaya Mala dengan karyanya Muda Tak Sudah.

Penulisan novel mula meningkat dan bergiat aktif setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Hal ini dipercayai kerana terdapatnya pelbagai sayembara menulis novel sebelum kemerdekaan.

Pada tahun 1958, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan peraduan mengarang novel yang mana telah mencatatkan Hassan Ali dengan karyanya berjudul Musafir sebagai juara, A.Samad Sain yang menampilkan karya Salina sebagai pemenang tempat kedua, Yahya Samah yang memenangi tempat ketiga dengan karya Layang-Layang Putus Tali dan tempat keempat yang dimenangi oleh Suratman Markasan dengan karyanya Tak Ada Jalan Keluar.

Sememangnya pelbagai peraduan dan sayembara menulis novel diadakan dan mendapat sambutan ramai selepas kemerdekaan.
Bukan sahaja DBP, Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) juga turut menganjurkan sayembara menulis novel.

Sasterawan seperti Shahnon Ahmad, Yahya Ismail dan S.Othman Kelantan juga giat menghasilkan karya sendiri.

Tidak kurang juga penulis-penulis baru muncul seperti A.Samad Said, Alias Ali, Hassan Ali, Khadijah Hashim, Abdullah Tahir, Ajikik dan Norjaya.

Melalui beberapa pemerhatian, didapati bahawa antara faktor perdana yang telah menyuburkan kegiatan penulisan dalam masyarakat tika itu ialah sumbangan wadah penyiar oleh Berita Minggu dan Mastika, sumbangan badan sastera seperti Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan sumbangan institusi pendidikan yang mengajar kursus kreatif.

Kegiatan drama pula mula berkembang dan berpusat di Singapura pada tahun 1950-an. Antara badan-badan yang menggiatkan bidang ini ialah Sriwana Dan Perwana.

Tokoh-tokoh drama yang menonjol tika itu termasuklah Salim Bachik, Fatimah Yassin, kalam Hamidi dan Bani Buang. Terdapat juga drama radio yang dimainkan pada waktu itu.

Pada tahun 1960-an, lahirlah penulis-penulis skrip dan pengarah drama terkenal di Tanah Melayu. Antaranya ialah Syed Alwi, Noordin Hassan dan Hashim Yassin.

Dunia persajakan Melayu pula mula aktif seiring dengan kepesatan penghasilan novel, cerpen dan drama.
Pada tahun 1970-an, terdapat ramai pengkarya yang menghasilkan kumpulan sajak seperti Kassim Ahmad (Kemarau di Lembah) dan A. Ghafar Ibrahim (Tan Sri Bulan).


Karya-karya dari dekad 80-an sehingga kini telah pun berkembang pesat kerana majalah, akhbar, sayembara dan kumpulan cerpen yang telah banyak memberi sumbangan yang bermakna.

Kredit : http://bahasamelayudnisenu.blogspot.my/

Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go