Pft

Assalamualaikum

Begitu terang ini laptop,
Perasaan aku sedikit terusik kala malam makin pekat,
Kala ini.

Kau bukannya bola untuk aku sepak dan golek sana sini
Kau bukannya benda untuk aku mainkan
Tidak pernah terlintas mungkin, dalam diri ini,
Untuk kau aku badutkan.
Untuk kau aku helahkan.

Tidak ada gelanggang, tidak ada taman permainan.
Tidak ada cat warna, untuk hidung kau aku merahkan.

Kerana kau bukanlah badut bagi aku.
Kerana kau bukanlah permainan bagi aku.
Bukan. Sama sekali bukan.

Pernah aku rasa kau bonekakan aku adalah.
Terasa diri kecil ini terhenyak, terlanyak.

Berapa kali entah, aku malas hitung.
Tapi kau subjek yang aku suka ketengahkan.

Kau subjek yang bagi aku cantik.
Kau subjek yang bagi aku,
Aku gemari.

Aku tahu biar semuanya berlalu.
Biar masa dan udara membawa pergi kabut itu.
Ah, menyesakkan.
Menyusahkan.

Aku ribut sebab kau, tahu ?

Allah.

Aku tahu aku perlu tahan dan langkah tanpa toleh lagi.
Tapi sekeliling aku tidak pernah mengalah menarik aku kembali.
Aku lemah.
Begitu lemah.

Bantu aku untuk kuat Ya Rabbi

- Mitsuha, 2010

"Terima kasih kerana pernah datang,
Lalu menghilang,"


Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Conceptual Metaphor