Tiba

Assalamualaikum

April,21

Alhamdulillah, hari dan saat yang dinantikan,
Akhirnya tiba dengan deru nafas laju - keletihan,
Tapi seronok aku kerana,
Figura kau dan senyuman emas itu tiba.

Kau tiba jua,
Gembira aku bercampur sedih,
Sedih.
Kerana ketibaan kau akan ku nantikan sentiasa,
Walau hanya bayangan.

April, malam 

Terketar aku mengatur langkah,
Pernah aku bayangkan ketibaan kau,
Namun bagi aku setelah segalanya - remuk,
Mustahil sudah untuk kau tiba lagi, elok duduknya di atas kerusi bulat itu,

Ah, malam itu kaget lagi aku dibuatnya,
Remuknya semakin dalam,
Kata puitis ; ah luka lama berdarah kembali,

Kau tiba.

Dan seperti dulu kau atur keberangkatan kau dengan penuh selamba,
Lirik mata aku tiada ekornya,
Namun rasa hati tidak pernah henti mengekori,

Ah sudah.


Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Conceptual Metaphor