Hei kau

Assalamualaikum

Hei, kau sekarang apa khabar? Lama menghilang.
Tapi sebenarnya, aku yang lama menyepi juga tidak mencari.
Untuk itu, aku mohon maaf.

Hei, kau sekarang bagaimana? Lama bersembunyi.
Tapi sebenarnya, aku juga menyorok di belakang almari.
Tapi juga, aku tahu kau bukan mahu bersembunyi.
Cuma kita sama-sama kian menyepi.

Puisi kontot yang kau tulis untuk aku, kau tahu mereka geli hati membacanya.
Dan kerana itu aku berkali-kali berdekah setiap kali membaca baitnya.
Puisi kontot yang kau beri kepada aku, kau tahu ia sangat bermakna.
Cantik sekali susunan katanya, sayang sekali ia begitu kontot.

Hei, kau sekarang,
Rindu aku tak?
Aku rindu kau dan pipi merah itu. Aku rindu kau dan gelak tawa itu.
Aku rindu kau dan gaya jalan itu. Aku rindu kau. Dan setiap detik kita luang,
Bersama-sama, pada waktu lampau, yang kini hanya tersimpan sebagai sebuah memori.




Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go