Sekilas

Assalamualaikum

Merentasi hari dan waktu seperti hari-hari yang lalu,
Seperti waktu lalu, syukur.

Kau tahu, kadang wajah kau turut terpacul sama seiring dengan setiap lagu dia dendangkan.
Enak didengar, walau tidak bisa aku iring suaraku bersama-sama rentaknya.

Lambakan pameran aku lihat, imbau kembali hari itu.
Tidaklah sebentar, berjam juga aku hirup udara di sana.
Tidaklah pudar, malah kadang makin berwarna.
Namun tidaklah ingin aku ulang. Bikin sengsara.

Namun setiap apa yang membuatkan kau, kau sering menari di minda.
Aku serabut. Kini berhari-hari telah berlalu kau tiba-tiba menyepi.
Tertanya aku, adakah kau baik-baik saja? Kau sihat?

Aku harap kau sentiasa baik.

Termimpi-mimpi aku. Mungkin kerana aku sering fikir.
Apalah, kata mahu tinggal-tinggalkan. Tapi kau juga tahu bukan, untuk tinggal itu tidak pernah senang. Apatah kau. Jujur aku akui susah.

Setiap rasa yang tidak dapat aku rasa. Setiap lena yang tidak dapat aku lena pada awalnya.
Setiap waktu aku rasa tidak menentu, apalah aku ni.

Hari itu aku tersedar, jejak aku tidak pernah ada walau dalam sekilas lalu pandangan kau.
Walau sekilas.

Petang itu dada aku memberat. Seperti ada yang tidak lepas.
Aku adu padaNya. Sebut saja nama kau terus aku teresak.
Tidaklah aku tahu kenapa.

Kedua-dua hari yang sama, hujung minggu pertama.
Kau buat aku rasa sesak dan teresak.

Perasaan aku seakan diasak oleh apa aku tak tahu.

Mungkin apa yang aku buat itu salah.
Kerana itu dada aku terasa berat.
Kerana itu nafas aku sesak.
Astaghfirullahalazim.

Tidak mengapa.
Semuanya akan berlalu dan berkubur juga.


Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go